Diantara beberapa makanan kegemaran Rasulullah SAW ialah :
1) Barli - kerana ianya bagus untuk demam jika dibuat sup.
2) Kurma - Nabi berkata, rumah yang tiada kurma ibarat rumah yang tiada makanan.
3) Buah Tin - merupakan buah dari syurga dan boleh mengubati buasir.
4) Anggur - boleh membersihkan darah, menguatkan buah pinggang dan membersihkan perut.
5) Madu - ia adalah makan segala makanan, minuman segala minuman dan ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. elok diminum waktu pagi dengan air suam.
6) Tembikai (segala jenis) - Nabi berkata, wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.
7) Susu - Nabi berkata, susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak dan membuang kelupaan.
8) Cendawan - Baik untuk mata
9) Minyak zaitun - rawatan kulit dan rambut.
10) Delima - Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.
11) Cuka
12) Air - Merupakan minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk kerana mudah mendapat sakit pada hati.
Wallahua'alam. sekadar perkongsian bersama. =)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.