Friday, 13 January 2012

Hati Seorang Wanita






Hati wanita,

hatinya begitu lembut,

namun agak sukar untuk disentuh,

bila sudah disentuh jangan sesekali melukainya.



Hati wanita,

bila sudah ditawan dia bagai layang2 yang memerlukan tali,

semakin kuat tali semakin kuat kebahagiaannya,

ketenangan hatinya akan kekal selagi mana tali itu tidak dikasari oleh orang lain.



Hati wanita,

lembutnya bagaikan kapas dan embunan salji di Turkey,

sekali digapai dia tetap dalam genggaman,

bila tiba waktu kekerasannya menonjol, biarlah dia untuk seketika,

kerana kelembutannya akan terserlah selepas matahari senja terbenam.



Hati wanita,

Kelembutannya itu tersirat pada batinnya,

Luarannya terkadang seperti kerasnya batu di Bukit Fraser,

Bila tiba waktu kekerasannya menonjol, biarkan lah dia untuk seketika,

Kerana kelebutannya akan terserlah selepas matahari senja terbenam.


Hati wanita,

Cemburumu membuktikan kasih sayangmu tidak terperi,

Kasih sayang terpancar dengan segala ragam kemarahanmu,


Cemburumu itu kadang-kadang tidak difahami oleh mereka yang bergelar lelaki,

Namun jauh di sudut hati mereka, sangat menyayangimu.


Hati wanita,

Ku mohon kemaafan pada hati yang telah terluka,

Bukan niatku untuk melakukannya,

Namun terkadang aku terleka dengan ujian dunia,

Menjadikan aku alpa pada PENCIPTA.


Hati wanita,

Biarpun hatimu itu telah terluka,

Kesalahanku tidak mendapat kemaafan,

Kau biarkan diri ini menanggung derita,

Hidup dalam rasa bersalah menjadikan diriku tidak keruan,

Namun percayalah tidak pernah terlintas untuk menyakitinya.


Hati wanita,

Bila disentuh ia akan bergoncang,

Berkoncang seperti mana gempa bumi di Medan,

Jangan dikotori kesuciannya,

Lupakan kisah lama,

Semailah ia dengan roh KEIMANAN,

agar segala luka dan lara dapat diubati sebaiknya.


"MAAFKAN DIRI INI WAHAI TEMAN"


"Ya Allah, jika 1 hari ku jatuh cinta, pertemukan orang yang mampu membuatku makin 

mencintai-MU, dan aku juga mampu membuat dia makin mencintai-MU...

Ameen ~


# Buat kaum adam : Jagalah sebaik mungkin hati kaum hawa. #  =)







No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.