Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku kearah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimukali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Semoga aku dipertemukan dengan jodoh yang soleh dan baik di dunia dan di akhirat kelak. Insyaallah. Amin Ya Rabb ! ^____________^
Khas untuk : wahai bakal jodohku. :)
Firman Allah Taa'la yang bermaksud :
"perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik"
"Barangsiapa yang mengerjakan ibadah haji dan dia tidak melakukan ijma' dan tidak pula melakukan dosa, dia akan kembali dari dosa-dosanya seperti pada hari ketika ia dilahirkan oleh ibunya."
(HR. Al-Bukhari, Muslim, An-Nasai', Ibnu Majah dan At-Tarmidzi)
Dan apabila melihat balasan yang disediakan oleh Allah SWT terhadap hamba-hamba-Nya yang memperoleh haji mabrur, diri ini terasa sangatlah rasa penuh harap dan memohon agar ditunaikan haji dengan haji yang mabrur juga.
Nabi Muhammad SAW menyebut tentang balasan kepada orang yang memperolehi haji mabrur. Yang maksudnya :
"Umrah (yang pertama) kepada umrah yang berikutnya sebagai kafarah (penghapus dosa) bagi dosa yang dilakukan diantara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan baginya melainkan syurga"
(HR Malik, Al-Bukhari, Muslim, An-Nasai', Ibnu Majah dan At-Tarmidzi)
Subhanallah ! Muda-mudahan kita memperoleh haji yang mabrur. Insyaallah !
Ameen ~
# Doakan supaya kita semua dapat pergi dalam keadaan yang sihat walafiat dan seterusnya mendapat haji yang mabrur. Insyaallah. #
Diantara beberapa makanan kegemaran Rasulullah SAW ialah :
1) Barli - kerana ianya bagus untuk demam jika dibuat sup.
2) Kurma - Nabi berkata, rumah yang tiada kurma ibarat rumah yang tiada makanan.
3) Buah Tin - merupakan buah dari syurga dan boleh mengubati buasir.
4) Anggur - boleh membersihkan darah, menguatkan buah pinggang dan membersihkan perut.
5) Madu - ia adalah makan segala makanan, minuman segala minuman dan ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. elok diminum waktu pagi dengan air suam.
6) Tembikai (segala jenis) - Nabi berkata, wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.
7) Susu - Nabi berkata, susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak dan membuang kelupaan.
8) Cendawan - Baik untuk mata
9) Minyak zaitun - rawatan kulit dan rambut.
10) Delima - Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.
11) Cuka
12) Air - Merupakan minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk kerana mudah mendapat sakit pada hati.
- Menurut bahasa ialah perkataan al-hubb atau al-hibb beerti cinta dan kasih sayang.
- Tahabbaba Ilaihi ertinya dia mencintainya.
- Habiib bermakna kecintaan atau yang dicintai
- Jama' hubb ialah ahbaab, habbaan, habuub dan hababah.
- Menurut istilah pula ialah kecenderungan atau ikatan hati yang berlaku antara kedua2 belah pihak yang mencintai.
Diantara topik menarik didalam buku ini ialah "TIADA CINTA SEBELUM KAHWIN"
"Cintaku hanya untuk suami, takkan ku kongsi."
"cinta yang bertandang di lubuk hati itu fitrah."
"namun apabila ia disusuli dgn tindak-tanduk yang tidak Allah redhai, ia bertukar menjadi fitnah."
"Allah SWT memahami fitrah ini dengan mensyariatkan perkahwinan."
"Justeru, untuk apa aku menikmati cinta sebelum pernikahan ?"
"bimbang ia jadi tawar dan hambar."
"hilang barakah, hilanglah kemanisan".
"Aku menguatkan prinsip diri dengan sebuah Hadis yg bermaksud" :
"Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikan hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid"
SUBHANALLAH ! =)
Terkandung juga didalam buku ini ialah "BAHAYA CINTA SEBELUM KAHWIN"
Dan diantaranya ialah :
1) Pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu
2) Menyembunyikan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripada-Nya.
3) Hati akan terseksa dengan barah rindu.
4) Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina dibawah jajahan syaitan.
5) Cinta lalai akan menyebabkanku alpa drpd mempersiapkan diri utk keperluan dunia dan akhirat.
6) Boleh menjadi tidak rasional berfikir jika benar2 mabuk cinta.
7) Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan.
8) Jiwa terganggu dlm menilai mana yg baik dan mana yg buruk utk diriku.
9) Jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar MAKSIAT yg mengundang padah kepada peribadi zuriat pastinya.
NAU'ZUBILLAHIMINZHALIK !
"TIPS MENEPIS CINTA REMAJA"
1) Tegas dengan prinsip diri
2) meletakkan misi yang jelas dlm hidup.
3) bersahabat dgn rkn2 yg soleh/solehah
4) mengekang hawa nafsu
5) mendekati majlis ilmu
6) menyibukkan diri dgn hobi dan minat yg berfaedah
7) akrab dgn Allah dlm ibadah dan kehidupan
Akhirnya, sama2 kita berdoa kepada Allah agar dijauhi drpd perkara2 yg buruk. Semoga kalian semua menjumpai CINTA YANG SEJATI SETELAH ALLAH DAN RASUL.
Ameen ~
p/s : bagi sesiapa yg belum baca buku ini sepenuhnya, carilah dan bacalah kerna ia secara tidak langsung dpt memuhasabah diri kita sendiri. Barakallahulakum.
Jom dengar nasyi ni. semoga bermanfaat utk antum semua. =)